KEDATANGAN PELAJAR TINGATAN 4

Ambilan pertama pelajar Tingkatan 4 dilaksanakan pada 2 Februari lalu. Berpusu-pusu pelajar dan ibu bapa datang untuk berdaftar.
Melalui pandangan seimbas lalu, kebanyakan pelajar yang ditawarkan ke sekolah ini adalah dari Terengganu, Pahang dan Johor. Walaupun begitu semua pelajar dapat menyesuaikan diri di sekolah ini. Berbagai-bagai aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. Antara mereka yang terlibat adalah para guru, Pemimpin Rakan Sebaya(PRS) dan Pengawas sekolah. 
Pada hari pertama, pelajar berdaftar dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kemudian diikuti dengan taklimat pengetua di Dewan besar ASiS. Selepas Zuhur, pelajar dibenarkan untuk keluar bersama-sama ibu bapa untuk membeli barang-barang keperluan. Pada pukul 5.30 petang, Ice Breaking telah diadakan yang dikendalikan oleh pihak PRS. Pada waktu malam pula Taklimat Warden telah diadakan. Pada hari kedua, aktiviti diteruskan dengan program-program kenali ASiS seperti Keneli Sekolah, Latihan Dalam Kumpulan, makan bersama tingkatan 5 dan Tarian Zapin.  Diharapkan dengan semua program yang diadakan ini dapat meyakinkan pelajar-pelajar tingkatan 4 supaya percayakan sekolah ini dan dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Ibu bapa juga diminta untuk memberi dorongan supaya pelajar akan terus tinggal di sini dan tidak pindah ke sekolah lain.
Posted on Thursday, February 04 @ 16:23:57 MYT by adib |