News: CERAMAH KERJAYA

Pada 25 Februari lepas, satu ceramah kerjaya telah diadakan. Naib Presiden Akademik, Dato' Tarmizi Mustaffa telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 5.
Cerarah dimulakan tepat jam 3.15 petang dimana Dato' Tarmizi yang diiringi oleh 2 orang pramugari dan seorang juruterbang perempuan berada di dewan sekolah untuk memberikan serba sedikit taklimat tentang Syarikat Transair. Transair merupakan sebuah akademi latihan penerbangan dan pelancongan berlesen. Berbagai tips telah diberikan oleh penceramah untuk layak bekerja dengan syarikat ini. Antaranya ialah KELAYAKAN MASUK BAGI PRAMUGARI / PRAMUGARA
Kelayakan minima yang diperlukan ialah : * Mempunyai perwatakan yang menarik * Tinggi antara 158 cm hingga 170cm (Perempuan) Tinggi 165cm hingga 180cm (Lelaki) * Berat mengikut ketinggian * Status Bujang * Penglihatan baik * Umur antara 18 hingga 28 tahun AKADEMIK * Minima / SPM / Setaraf LULUS & kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris / Malaysia. Bayaran bagi akademi ini ialah YURAN KURSUS
Yuran hanya : RM 350.00 (Semenanjung Malaysia) RM 450.00 (Sabah/Sarawak malaysia)
USD 250.00 (Luar Negara) Diharapkan pelajar yang mendengar dapat mengambil idea yang ada untuk merancang kehidupan selepas SPM.
Posted on Thursday, March 04 @ 16:16:45 MYT by phat |