Semua pelajar dan guru ASiS akan mula bercuti pada 4 September sehingga 19 September 2010 sempena cuti pertengahan semester 2 dan cuti Hari Raya Aidilfitri.
Berhati-hati semasa dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing dan semasa kembali semua ke ASiS nanti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua- Pelajar-pelajar, Guru-Guru dan juga Kakitangan sekolah.
“Maaf Zahir batin.
Semoga Hari Raya ini akan memberikan kita lebih kekuatan untuk mencapai lebih kejayaan.”
p/s : Jangan lupa untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Majlis penutup program Ilya Ramadan akan di adakan seperti berikut :
Tarikh : 3 September 2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Besar ASiS
Sekolah akan menghantar satu delegasi ke Program ISSF 2010 yang akan di adakan di Adelaide, Australia pada 11 – 18 September 2010.
Delegasi ini akan di sertai oleh:
1. Tn. Haji Mohd Idrus Abdul Hamid, Pengetua
2. En Adura Azlin Ishak, Guru pengiring
dan 3 pelajar,
3. Ahmad Amirul Akmal b Khairudin
4. Muhammed Azim b Mohd Mashooth
5. Rizal b Abd Razak
dengan membawa projek sains yang bertajuk ‘Crystal pyro-Carbon’.
Projek sains tersebut dibangunkan dengan kerjasama Geomatica Intenational College, Kuala Lumpur.
Peperiksaan Bulanan 2 untuk Tingkatan 4 akan di berlangsung pada 1 dan 2 September 2010.
Selamat Menjawab dan Semoga Berjaya.
Semua warga sekolah SM Sains Alam Shah mengucapkan
“Selamat menyambut Kemerdekaan yang 53 tahun,1Malaysia menjana transformasi”
kepada pengunjung laman web sekolah.

Majlis pelancaran Perasmian Bulan Patriotisme di jalankan di Dewan Besar ASiS pada 24 Ogos 2010, pada jam 10.00 pagi oleh Dato’ Hj. Abdullah b Morad, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia.

Pengetua memberi ucapan aluan.

Ucapan perasmian oleh Dato’ Hj. Abdullah b Morad.
Kepada semua ibu bapa pelajar ASiS 2010. Anda dijemput untuk berbuka puasa dan solat tarawikh bersama di sekolah pada hari Khamis, 26 Ogos 2010.
Jika berminat, sila maklumkan kepada pihak sekolah. Tempat adalah terhad. Kehadiran atas makluman sahaja.
No. telefon Sekolah : 03-91315014

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua terutamanya Guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sokongan ASiS. Semoga bulan Ramadan ini memberikan kekuatan dan kejayaan kepada kita semua.
Sempena bulan Ramadhan, Program Ihya’ Ramadhan akan diadakan bermula daripada 10 Ogos sehingga 3 September 2010.
AKTIVITI-AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 2010
| BIL |
AKTIVITI |
TARIKH |
TINDAKAN |
| 1 |
CERAMAH AWAL RAMADHAN |
8/8/2010 |
UST KHIRUDDIN |
| 2 |
PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN |
10/8/2010 |
SEMUA AHLI PANITIA PAI |
| 3 |
PERTANDINGAN KHAT |
12/8/2010 |
UST KAZIMAN |
| 4 |
PERTANDINGAN SPEAKER CORNER |
16-19/8/2010 |
UST YUSRI |
| 5 |
PERTANDINGAN DEDIKASI KAD RAYA |
23/8/2010 |
USTZH BADARIAH |
| 6 |
PERTANDINGAN POWERPOINT MENGENAI RAMADHAN |
26/8/2010 |
UST AZRI |
| 7 |
IFTAR JAMA’I |
27/8/2010 |
SEMUA AHLI PANITIA PAI |
| 8 |
TADARUS AL-QURAN
TINGKATAN 4 : SELEPAS ZOHOR
TINGKATAN 5 : SELEPAS ASAR |
SETIAP HARI |
SEMUA PANITIA PAI DAN AIC |
| 9 |
BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN BESERTA TERJEMAHAN |
SETIAP HARI PERSEKOLAHAN |
AIC |
| 10 |
KUIZ AGAMA HARIAN
(5 SOALAN) |
SETIAP HARI PERSEKOLAHAN |
UST KAMARUL |
| 11 |
MEMASANG BACAAN AL-QURAN, ZIKIR DAN NASYID |
SETIAP HARI WAKTU PETANG |
AIC |
| 12 |
BACAAN AL-MAATHURAT |
SABTU & AHAD |
AIC |
| 13 |
QIYAMMULAIL |
SABTU & AHAD |
SEMUA PANITIA PAI DAN AIC |