Aluan Pengetua

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kepada hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dah rahmatNYA, asiskl.org yang merupakan laman web rasmi SM Sains Alam Shah dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha membina laman ini.

ASiSkl, sesuai dengan namanya seharusnya menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai SM Sains Alam Shah serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan ASiS seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat.

Pembinaan  laman web ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.<br>
Sekian. Wassalam.

Hj Baharuddin Hj Burhan
Pengetua
SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

Print Friendly

Leave a Reply